Thursday 21 July 2016



Kerja Urus Email (RM90-RM630/Seminggu) (Seluruh Malaysia)


Sanggup Belajar - Tidak Memerlukan Pengalaman
Boleh Melakukannya Sendiri di Rumah
Khas Untuk Mereka Yang Mahukan Duit Lebih

Info Segera 

http://bozzv8.net/go/pengurusemail25543

**Peluang: Seluruh malaysia
**Setiap Email: RM90
**SMS puan Masnah: 0176535639


Thursday 14 May 2015



Sinopsis.
Razlan. Anak yang tersisih. Hidup bersama bapanya di Kampung Sri Permai. Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang sibuk membanting tulang untuk sesuap nasi. Bukan dia minta untuk dicaci dan dihina. Bukan juga dia minta untuk dibenci. Namun lipatan sejarah hidupnya sering membuatkan Razlan terhimpit. Antara kasih dan rindu, dia dipinggirkan. Semangatnya teguh sehinggalah terjadi satu peristiwa. Razlan tidak berdaya melawan takdir. Dia juga tidak mungkin dapat mengubah masa lalu yang keroh menjadi jernih.
“Kau tahu, dalam hidup ni, kita cuma ada dua kesempatan. Pertama, kesempatan untuk kesenangan yang telah tersedia milik buat kita. Kedua, kesempatan untuk kesenangan yang belum pasti menjadi milik kita. Tapi aku, aku telah kehilangan kedua-dua kesempatan tersebut. Lalu, apa kau fikir aku tak perlu meneruskan kelangsungan hidupku?” – Razlan
Penemuan Razlan kepada sebuah laci tidak berkunci membuka seluruh lipatan hidupnya. Pak Darwis membencinya kerana Salmah? Pelbagai persoalan hadir di minda kanak-kanak berusia 12 tahun itu. Dia ingin mengasihi Pak Darwis seteguh kasih wanita bernama Salmah namun itu hanyalah sekadar angan-angan kosong.
“Apa yang kau inginkan dalam hidup kau?” – Taufiq
Taufiq nekad ingin membantu Razlan namun adakah Razlan dapat menerima? Apakah pula rahsia di sebalik keinginan Razlan? Pada akhirnya, mampukah Razlan kembali bertatih setelah terjatuh? Segalanya terjawab di dalam cerpen ‘Diari Merah Hati’. 



SINOPSIS ANNUR HASYA
Annur Hasya dan Irsyad Adlan dipertemukan di dalam sebuah keluarga. Kasihnya Annur terhadap Irsyad tidak pernah pudar namun pemuda berusia 25 tahun itu berubah sekelip mata. Annur dipinggirkan tanpa alasan. Sebentuk cincin yang tersarung pada jari manis Annur menjadi lambang cinta mereka.
“Nur tak mengerti ibu. Mengapa abang membenci Nur? Abang langsung tak mahu memberikan penjelasan pada Nur. Kalau memang Nur ada berbuat salah pada abang, Nur minta maaf. Nur tak tahu nak berbuat apa lagi ibu. Nur buntu.” – Annur Hasya
Hajah Rosnah tempat Annur bermanja juga tidak mahu berterus-terang. Gadis itu berusaha merebut kembali hati Irsyad namun Irsyad bukanlah seorang yang mudah memaafkan. Lantas, Annur hadir menemui Zafran tanpa pengetahuan Irsyad.
“Ada apa Nur nak jumpa abang?” – Zafran
Kehadiran Zafran membuatkan Annur menemui sesuatu. Pemuda itu sedia membantu Annur. Namun, tanpa diduga, Annur mengetahui masa silamnya. Segalanya bersangkut-paut dengan Irsyad Adlan. Dapatkah Annur Hasya dan Irsyad Adlan bersatu semula? Bagaimana pula dengan Zafran? Cerpen ‘Annur Hasya’ akan menyingkap segalanya.